Sunday 14 December 2014

PELAMIN NIKAH TUNKU IZORA 




As Salam Semua dan Apa Khabar? Harap2 sihat hendak nya.  Ok kali ini Orchid's Creation & Events telah mendapat tempahan daripada Izora untuk majlis pernikahan nya dengan Muhammad Sufian.  

Jika anda suka dengan deco pelamin ini...cepat2 pm Orchids Creation ya..    ;-)

Sunday 21 September 2014

PELAMIN DEWAN NURUL - The Club , Bukit Utama


As Salam Semua...apa khabar? Harap-harap sihat sahaja hendaknya.  Kali ini Orchid's Creation & Events ingin berkongsi gambar dari hasil kerja kami.  Untuk PELAMIN DEWAN NURUL ini , family adik Nurul ingin kan sesuatu yang simple tapi nampak menarik.......jadi ...ini lah hasilnya....bertemakan warna-warna pastel.....yang sesuai dengan warna baju pengantin Nurul iaitu biru muda....disertakan dengan hiasan bunga hydrangea artificial yang menarik ini .

Anda suka pada PELAMIN DEWAN NURUL?  Kalau suka PM kami untuk more details.  Cepat booking untuk mendapatkan tarikh yang dikehendaki.  Dan ada berita baik lagi.... bagi sesiapa yang buat tempahan sekarang untuk design PELAMIN DEWAN NURUL ini bermula tahun hadapan 2015, akan mendapat free Photo Booth (mengikut Terma & Syarat). Promosi ini hanya untuk 5 tempahan sahaja.


Thursday 18 September 2014

As Salam Semua....rasanya tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia.

Ok...kali ni Orchid's Creation & Events ingin berkongsi gambar dari hasil kerja-kerja yang telah dibuat sepanjang bulan August 2014.  Orchid's Creation & Events telah diberi kepercayaan membuatkan deco untuk susunan meja makan beradap atau "HIGH TABLE" yang bertemakan  warna putih & kilauan kristal.

Juga kami telah menyediakan satu konsep susunan ala-ala "ENGLISH STYLE" bagi tempat akad nikah.  Susunan yang ringkas tetapi nampak menarik.

Tempat Nikah yang berkonsepkan "English Theme"
 susunan tetamu gaya "Theater Setting" 

Acara akad nikah sedang berlangsung

Pandang dari sudut sisi atas

"HIGH TABLE" decoration

Suka dengan deco diatas, boleh PM kami utk dapatkan lebih maklumat.  Seperti biasa, more pics di Centerpiece & Deco sections.  Happy Viewing!!!

Friday 5 September 2014

Crystal Candelabra for SALE.




Exclusive Door Gift for High Table




*Note- price excluded artificial flower *

Please PM for best price.  Stocks are limited.  First come first serve basis.

Thursday 4 September 2014


 As Salam Semua, ...minggu lepas Orchid's Creation telah singgah di TTDI Jaya  di rumah Puan Suzzana untuk pasang Mini Pelamin yang telah ditempahnya untuk Majlis Permikahan anak perempuan.  Berminat dengan Mini Pelamin ini ? PM Orchid's Creation & Events untuk dapatkan harga.

Tuesday 26 August 2014

As Salam Semua,

Setelah sekian cuti dari buat pelamin & hantaran, maka  minggu kedua raya, Orchid's Creation & events telah mula kembali bekerja.  Pelamin pertama yang kami buat adalah untuk Cik Shakila dengan hiasan bunga segar eustoma, carnation & roses.  Berkonsepkan warna-warna ceria & terang.

Pakej Mini Pelamin ini disertakan dengan 7/5 deco hantaran dengan hiasan bunga segar.  Berminat dengan Mini Pelamin ini? Boleh pm atau email kami di : orchidscreationandevents@yahoo.com.  Seperti biasa more pics di "Mini Pelamin" section.


Sunday 27 July 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 


Orchid's Creation & Events ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pelanggan-pelanggan & rakan-rakan Orchid's Creation & Events.  Maaf Zahir Batin.



Friday 25 July 2014

Kerusi Transparent Kristal Chiavari 




As Salam Semua,....kali ini Orchid's Creation ingin memperkenalkan satu lagi produk terbaru iaitu Kerusi Transparent Kristal Chiavari. Kerusi Transparent Kristal Chiavari adalah produk yang terbaru dari kategori kerusi-kerusi chiavari yang sebelum ini jenis besi dan kayu. Kerusi Transparent Kristal Chiavari ini amat sesuai digunakan dalam majlis perkahwinan atau apa-apa majlis yang berkesesuaian.

Kerusi Transparent Kristal Chiavari telah menjadi satu trend di masa kini dan Orchid's Creation menerima banyak tempahan untuk kerusi ini terutamannya untuk Majlis Perkahwinan.  Bagi sesiapa yang ingin membuat tempahan untuk tahun depan 2015, boleh lah dibuat sekarang. Kerusi Transparent Kristal Chiavari walaupun nampak "fragile" tetapi ianya boleh menampung berat sehingga 400kgs

Sekarang Orchid's Creation mengadakan harga promosi bagi tempahan untuk tahun 2015 .  Tempahan hanya terbuka untuk jangka masa yang terhad. Apa lagi....Jom....!!! tempah Kerusi Transparent Kristal Chiavari untuk majlis anda. Sila pm untuk dapatkan harga promosi. 




Monday 14 July 2014


As Salam ....temui kami di sini untuk mendapatkan biskut-biskut raya dari Orchid's Cookies....aktiviti dari Orchid's Creation & Events disepanjang bulan puasa ini...juga dapatkan Hampers Hari Raya dari kami dengan deco yang unik...lain dari yang lain......ingin ketahui dengan lebih lanjut apa yang akan kami tawarkan selain dari kuih-kuih raya? Jom ..ramai-ramai datang jumpa kami disini ya......Jumpa di sana...   ;-)... oh ya.... kami akan ada disini pada 19/7 - 20/7 /2014  ...Sabtu & Ahad sahaja.....

Tuesday 8 July 2014

HAMPERS HARI RAYA 2014







As Salam & Selamat Berpuasa pada semua kaum  muslimin & muslimat.....Kali ini Orchid's Creation ingin memperkenalkan gubahan Hari Raya Hampers 2014.

Bekas atau tin biskut raya ini ditempah khas untuk gubahan Hari Raya Hampers 2014.   Berkonsepkan lain dari hampers yang biasa, kuih/biskut raya ini diletakkan di dalam tin.  Tin ini boleh digunakan dengan pelbagai kegunaan selepas hari lembaran.

Harga2 untuk gubahan Hari Raya Hampers 2014 ini bermula dari RM 100 - RM 350.  Untuk tempahan sila email di : orchidscreationandevents@yahoo.com.

Isi kandungan hampers:-

  • Biskut Semprit
  • Biskut Nescafe
  • Biskut Coklat chip
  • Kurma
  • Air Zam Zam.

Saturday 28 June 2014


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak

Thursday 12 June 2014

As Salam Semua....MINI PELAMIN  Bertunang dari Orchid's Creation & Events minggu lepas...bertemakan simple & classy..dengan hiasan bunga segar.  MINI PELAMIN Bertunang ini telah ditempah oleh Aizuddin & tunang nya di saat-saat akhir.........walau bagaimana pun.... Tahniah ya!!...  ;-)

MINI PELAMIN AIZUDDIN (TUNANG)

Thursday 22 May 2014

As Salam Semua.....kali ini Orchid's Creation & Events ingin berkongsi deco Gubahan  Hantaran Eksklusif yang telah ditempah oleh Puan Juliana baru-baru ini .

Deco Gubahan Hantaran Eksklusif ini berkonsepkan "Simple &  Exclusive".   Menggunakan hiasan bunga kerawang di luar sekeliling kotak acrylic dan ditambah hanya  menggunakan reben untuk hiasan barang hantaran,  menjadikan deco Gubahan Hantaran Eksklusif ini nampak unik.   Tidak perlu penggunaan bunga segar yang selalu digunakan oleh kebanyakkan orang di masa kini.  Ingin melihat lagi deco Gubahan Hantaran Eksklusif lagi?  Seperti biasa....boleh lihat di Hantaran section.... Happy viewing !!!  ;-)

Sunday 18 May 2014

Pelamin Nikah Shida 


As Salam Semua, minggu ini Orchid's Creation & Events berada di Setia City Convention Centre untuk Majlis Pernikahan Shida .  Pakej Pelamin Nikah  ini termasuk dengan deco hantaran serta set meja nikah. Seperti biasa more pics di Pelamin section...Happy Viewing....!!!!



Wednesday 30 April 2014

Jumpa Kami di Booth No.31B...... dan 5 tempahan awal akan mendapat hadiah misteri....nak tahu apa hadiah nya??... Jumpa la kami di  Shah Alam Convention Centre pada 2 - 4 Mei, 2014.




Monday 7 April 2014

Hantaran Izwan

As Salam Semua, kali ingin Orchid's Creation ingin berkongsi hasil gubahan hantaran untuk Izwan. Berkonsepkan simple dan moden...maka Orchid Creation telah menghasilkan hantaran ini.  Seperti biasa ...more pics di section "Hantaran".  Happy Viewing!!!




Monday 10 March 2014

Hantaran Melissa

Hantaran Luqman

As Salam Semua....minggu lepas Orchids Creation menerima tempahan hantaran daripada adik Melissa dan tunangnya Luqman untuk majlis pernikahan mereka berdua yang telah berlangsung pada sabtu lepas (8/3/2014)........dari Melissa 9 dulang hantaran berbalas 7 dulang hantaran dari Luqman... Selamat Pengantin Baru Luqman & Melissa....more pics di Hantaran section......Happy viewing!!!

Sunday 2 February 2014

Hantaran Nur Izan (Lelaki & Perempuan)

As Salam Semua...minggu lepas Orchid's Creation telah menerima tempahan daripada Nur Izan untuk hantaran pernikahannya...Nur Izan suka kepada hiasan bunga segar .....seperti biasa....more pics di Hantaran Section.....Happy viewing...!!!  ;-)



Monday 27 January 2014

Hantaran Mashi


Deco Hantaran Mashi ini bertemakan warna terang iaitu kuning keemasan.  Dengan menggunakan hiasan bunga segar menjadikan deco hantaran ini agak unik.  Kalau ada sesiapa yang berminat dengan deco hantaran ini, boleh la hubungi atau sms Orchid's Creation ya.... Seperti biasa , more pics di hantaran section...Happy viewing!!!!

Sunday 12 January 2014

PELAMIN KHEMAH Mashi

As salam Semua.....diharap pembaca semua sihat sejahtera hendaknya.....ok minggu ini Orchids Creation buat pertama kalinya pasang PELAMIN KHEMAH....berkonsepkan warna pastel mode dengan hiasan bunga segar......suspen juga mula2 nak buat sebab ini kali pertama...tapi dengan izin ALLAH...berjaya juga Orchids Creation buat....jadi sesiapa yang nak buat PELAMIN KHEMAH seperti ini, hubungi la Orchids Creation...dan untuk 3 tempahan awal...Orchids Creation bagi free bunga tangan fresh flower(selected flower)....jadi apa tunggu lagi, jom booking PELAMIN KHEMAH dengan Orchid's Creation & Events seperti biasa more pics di Pelamin section....Happy viewing!!...  ;-)

Saturday 4 January 2014

As Salam,

Terlebih dahulu Orchid's Creation & Events rasa masih tidak terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru pada semua pembaca.

Kali ini Orchid's Creation ingin berkongsi gambar Pelamin Nikah Faizah & Faizal yang telah berlangsung baru-baru ini di Concorde Hotel, Shah Alam.  Seperti biasa , jika berminat, boleh hubungi atau sms Orchid's Creation ditalian ya....

Seperti biasa, more pics di Pelamin Section.... Happy viewing!!!!   ;-)